Ketahuilah Tanda-Tanda Lelaki Jatuh Cinta

Posted by MK Syahir on Thursday, November 8, 2012


Ketahuilah Tanda-Tanda Lelaki Jatuh Cinta | Bagi seorang wanita mereka seharusnya dapat mengesan bila seorang lelaki itu sudah mula jatuh cinta. Ia untuk melihat lelaki jatuh cinta tak susah kerana mereka sebenarnya tidak pandai untuk menyembunyikan rasa cinta mereka.



ANTARA TANDA-TANDA LELAKI JATUH CINTA

1) Mereka senyumm kepada anda (senyuman itu seoalah ia sedang cuba menyampaikan rasa hatinya)

2) Mereka akan gelak dengan lawak jenaka anda.

3) Mereka sentiasa memberi perhatian kepada anda (selalu call dan message anda)

4) Mereka akan cepat cemburu bila anda bersama lelaki lain.

5) Mereka akan sentiasa memerhatikan anda.

6) Mereka akan selalu menyebut nama anda.

7) Mereka akan sentiasa cuba ajak anda keluar bersama-sama.

8) Mereka akan berperwatakan matang dan menghormati orang lain bila anda ada disisinya.

9) Mereka akan sentiasa memuji anda.

10) Mereka akan sentiasa cuba bertanya tentang anda pada kawan anda.

Kesimpulan yang dapat saya buat lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang berjaya mengisi kekosongan hati. Di saat itu ia akan menganggap perempuan itulah jodohnya dan dia akan cuba dapatkan setelah hatinya terpaut.
More aboutKetahuilah Tanda-Tanda Lelaki Jatuh Cinta

6 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki Masa Ini

Posted by MK Syahir


6 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki Masa Ini | Wanita ketahuilah kamu masa ini lelaki inginkan wanita yang boleh buat dirinya berasa bangga denganmu. Lelaki juga inginkan seorang wanita yang lemah lembut, pandai masak, prihatin, pandai menghormati orang tua, solehah dan macam-macam lagi. 



Tidak kiralah bagaimana lelaki tersebut, Ia tetap inginkan seorang wanita yang terbaik untuk dirinya. Tahukah kamu Alam Perkahwinan bukan satu benda yang boleh di buat main-main. Sebab itulah lelaki inginkan seorang perempuan yang terbaek untuknya.

Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki :-

1. Keanak-anakkan
Sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

5. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

6. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna.
More about6 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki Masa Ini

Ciri-ciri Lelaki yang Buat Wanita Jatuh Hati

Posted by MK Syahir


Ciri-ciri Lelaki yang Buat Wanita Jatuh Hati | Ketahuilah lelaki tentang ciri-ciri yang ada pada kamu yang mampu buat seorang wanita jatuh hati dan terpikat. Wanita bukanleh melihat pada ke kacakan kamu jew dia juga melihat ciri-ciri yang ada pada dirimu.



Apakah ciri-ciri itu?


1) Kebersihan diri perlulah di jaga
Kebesihan diri adalah satu perkara yang sangat dititik beratkan oleh seorang wanita, tak kisahlah kalau muka kamu hensem sekali pun sekiranya kebesihan tidak dijaga sudah pasti wanita tidak akan menyukai kamu. Kebersihan itu penting.
2) Mempunyai perwatakan tersendiri
Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Tom Cruise mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut tu bawa-bawa la trim yer. Jangan sampai ada kutu pulak dalam janggut.
3) Ada sikap lucu dalam diri
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension. 
4) Bersikap prihatin
Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.
5) Selalu senyum
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem tapi muka nak masam jer 24jam.
P/S Cukuplah perkongsian kita hari ini semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendekati diri dengan si dia agar perhubungan anda semakin baik.

More aboutCiri-ciri Lelaki yang Buat Wanita Jatuh Hati

15 Tips Mengeratkan Hubungan Suami Isteri

Posted by MK Syahir

Dalam rumah tangga sudah pasti pasangan inginkan kehidupan rumah tangga hingga keakhir hayat. Bagaimana untuk kita jaga/ Baiki hubungan suami isteri itu? 



Hari ini Saya akan cuba kongsikan 15 Tips Mengeratkan Hubungan Suami Isteri.


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir. 

 3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

 4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. 

 5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. 

 6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

 7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

 8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. 

 9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

 10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

 11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

 12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami. 

 13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

 14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

 15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. 


P/S Semoga pengkongsian saya kali ini dapat membantu pasangan yang sudah berkahwin untuk lebih bahagia.
More about15 Tips Mengeratkan Hubungan Suami Isteri

7 Tips Menjaga Hati Pasangan

Posted by MK Syahir


7 Tips Menjaga Hati Pasangan | Dalam perhubungan Kedua-dua belah pihak perlu tahu cara dan adab untuk menjaga hati pasangan supaya perhubungan anda akan terus kekal hingga ke akhir hayat. Sekiranya tidak di jaga dari awal Sudah pasti perhubungan anda dan pasangan sekadar hubungan sementara.

1. Kenali Pasangan Anda

Anda perlu selidik dan  mengenal pasti  pasangan anda tentang perkara-perkara yang dia suka dan tidak suka. Yang paling penting, anda perlu tahu menggunakan kelebihan dan kelemahan pasangan anda itu sebagai panduan kepada diri anda untuk menjaga hati dan perasaan pasangan masing-masing.
2. Hubungan Keluarga Yang Baik

Jaga hubungan baik dengan ahli keluarga si dia jangan sampai menimbulkan masalah dan imej yang negatif. Jika ada masalah akan selesaikan secara kekeluargaan bersama pasangan anda.Pernikahan tidak hanya penyatuan seorang lelaki dengan perempuan, tetapi juga menyatukan kedua-dua keluarga.

3. Bertimbang Rasa Antara Satu Sama Lain

Disebabkan kedua-dua belah pihak kekurangan nilai-nilai murni inilah yg menyebabkan perkara-perkara seperti “awak2, saya rse, kita berdua ni x serasi lah!” atau “oppa, kita break up jer lah!”. Tentu anda semua tak mahu perkara seperti itu berlaku terhadap diri anda setelah banyak masa dan duit telah dilaburkan kpd pasangan anda. So, kita perlu lah sekali sekala mengalah dengan pasangan kita. Perselisihan faham merupakan perkara biasa yg akan sering kita tempuhi sepanjang kita bergelar sbg manusia. 

4. Sentiasa Perihatin Terhadap Pasangan

Jika anda ingin mengasihi dan dikasihi pasangan anda, rajin-rajinkan lah diri anda untuk mengambil berat terhadap pasangan anda. Kebiasaannya, perkara yg kita perlu prihatin terhadap pasangan kita ialah kesihatan, makan & minum, perasaan serta apa yg difikirkan oleh mereka. Walaupun ia kelihatan seperti tidak bermakna, tetapi ia penting supaya pasangan kita tahu bahawa kita prihatin dan mengambil berat terhadap mereka.

5. Elakkan Topik Yang Sensitif Atau Tidak Menyenangkan

Semasa berborak, saya nasihatkan supaya anda mengelakkan topik-topik yg bleh menyinggung perasaan pasangan anda seperti perkara-perkara yg bleh membuat mereka rasa malu atau segan terutamanya di hadapan rakan-rakan atau khalayak ramai. Tentu anda pun tahu bahawa ‘maruah’ merupakan satu  perkara yang penting bagi setiap individu. So, kita perlu lah menjaga maruah kita sendiri serta maruah pasangan kita. Tentu kita tidak mahu perspektif org lain terhadap pasangan kita terlalu ‘low profile’ atau perkara yg buruk. Saya yakin tentu anda semua ingin org lain terutamanya rakan-rakan anda beranggapan bahawa anda memiliki pasangan yg perfect. So, banyakkan memuji pasangan anda serta berborak mengenai topik yg lebih mengembirakan.
6. Jujur Dan Menjadi Diri Sendiri

Jadi sebagai diri sendiri dan tidak meniru adegan novel, filem, dan sebagainya. Tanpa berpura-pura menjadi seseorang yang sempurna, kita akan merasa tidak lepas tanpa beban dalam menjalani hubungan cinta anda.


Jangan membohongi kekasih anda dan katakan apa adanya sesuai dengan keadaan yang sesungguhnya. Sekali berbohong maka anda perlu berbohong lagi untuk menutupinya. Jika telah berkahwin nanti akan lebih indah jika saling jujur ​​tanpa ada dusta di antara anda dengan dia.

7. Lakukan Hal-Hal Yang Menyenangkan

Sesuatu yang membuat anda berdua senang tidaklah harus yang berharga mahal. Mungkin dengan belanja bersama ke pusat membeli-belah, jalan-jalan naik motor berdua atau duduk berdua di bangku taman yang percuma dapat menyenangkan kedua-dua belah pihak. Nikmatilah masa-masa pacaran anda yang indah agar tidak menyesal nantinya ketika berkahwin.

More about7 Tips Menjaga Hati Pasangan

Mukadimah Sebuah Cinta

Posted by MK Syahir

Mukadimah Sebuah Cinta | Cinta adalah satu perasaan yang lahir di dalam hati yang sudah pasti semua mengetahui ia wujud tanpa kita sedari. Ramai yang boleh berhujah mengenai cinta kerana cinta itu senang di lafazkan tapi maksud di sebalik cinta, adakah kita sedar?



Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya, jangan kita rosakkan makna cinta dengan mengorbankan maruah diri untuknya kerana itu bukan makna cinta sebenar-benar cinta.

Cinta juga ada beberapa fasa seperti kehidupan iaitu kelahiran, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua  setiap manusia akan melalui fasa-fasa tersebut hingga keakhir hayatnya. Bergitu juga cinta akan melalui fasa :-

Mengorat
Berkawan
Bertunang
Berkahwin

Setiap pasangan sudah tentu inginkan satu perhubungan yang kekal hingga keakhir hayat yang sudah pasti akan menjadi memori yang terindah. 

P/S Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
More aboutMukadimah Sebuah Cinta